Jumaat, 29 Januari 2016

Sup tulang

  RecipesMagazineHolidayMasakan KelantanJJCM   31 Mar 2015 Sup Tulang Yang Sangat Sedap  Aduhaai dah lebih 4 tahun saya tak memandu kereta. Hari ini terpaksa dua kali memandu ke kedai runcit dek diajak berkali kali oleh Aween. Menggeletar lutut dan tangan. Terpaksa pergi kerana dah tak ada sesiapa yang boleh ke kedai. Nasib baik ada kereta anak buah yang ditumpangkan di sini. Saya ini nama jer ada lesen memandu tapi memang dimanjakan suami. Ke mana mana sahaja dihantar dan diambil. OK hari ini saya hendak kongsikan resepi sup yang sangat sedap. Resepi sup ini adalah resepi Sup Jangan Pandang Belakang yang dikongsikan oleh Azlita Masam Manis yang dipelajari dari Chef Amer dan Sambal Kicap juga dari Chef Amer. Terima kasih pada Ita yang telah sudi berkongsi resepi sup sedap. Sebenarnya dah lama dapur rumah saya tak berasap sejak kebelakangan ini kerana di kebanyakan masa hanya saya dan Aween sahaja yang ada di rumah. Yang lain semua sibuk bekerja, Nelly pula di Ipoh dan Boy pula tinggal di kampus. Nana seperti biasa dengan jadual kerja yang tidak menentu. Juita pula bekerja di New Zealand Natural sementara menunggu masuk kolej. Saya dah berulang kali minta dia berhenti. Kesian melihatkan tangannya dah terasa kasar sedikit dek banyak terkena sabun. Tapi dia terpaksa memberi 1 bulan notis. Itulah hanya saya berdua dengan Aween sahaja yang ada di rumah. Hari ini saya menyediakan sup pun atas permintaan Aween. Kalau ikutkan macam malas lah juga. Kaki lembu ini dibeli semasa balik Kelantan sempena majlis perkahwinan anak buah saya, Zetty dan Faiz. Punya lah besar tulang kakinya sehingga tak muat periuk tekanan. Terpaksa sebahagian direbus menggunakan dapur gas. Itu yang menjadikan masa di dapur hari ini agak panjang.  Sebelum melihat resepi saya ingin selitkan sedikit petikan kuliah Ustazah Aishah dari kitab Minhajul Abidin yang sangat bagus buat panduan kita. Bahasa yang digunakan juga sangat menghiburkan hati kita. Terdapat beberapa kategori musuh yang menghalang ketaatan kepada Allah. Musuh utama orang mukmin ialah orang mukmin itu sendiri. Bukan masalah besar jika kita berpandu Al Quran. Boleh rujuk kepada surah Al Imran ayat 26-27 yang memberi motivasi supaya kita tidak mendengki satu sama lain. Ini adalah kerana Allah lah yang berkuasa untuk memberi kepada sesiapa yang dikehendaki dan memuliakan sesiapa yang dikehendaki. Begitu juga Allah lah yang boleh menghina sesiapa yang dikehendaki. Kita tak dapat hendak menempatkan diri kita pada posisi yang kita hendaki. Kalau Allah kabulkan kehendak kita, kita akan gembira tapi kalau Allah tak kabul, jangan pula kita kurang bersyukur. Sepatut kita tambah gembira jika apa yang kita hendaki, Allah tak bagi kerana ianya adalah kehendak Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hendaklah redha dengan apa yang Allah kehendaki. Allah tak perlu persetujuan sesiapa. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi Ketua Jabatan, tetapi tidak dapat. Ini bermakna kehendak Allah adalah kita bukan seorang Ketua Jabatan seperti mana yang kita kehendaki. Harap apa yang saya olah ini adalah jelas ya. Risau kot berbelit belitlah pulak. Hidup ini memang telah diatur oleh Allah. Segala pusingan hidup samada naik atau turun adalah untuk perkukuhkan akidah. Jadi jangan lah kita bersedih dan berdengki dengan orang lain yang diberi kelebihan dari diri kita.  Musuh kedua orang mukmin ialah orang munafik yang membenci. Orang beriman saling membantu dalam bab kesabaran dan ketaqwaan. Jika kita diberi kekayaan, Allah hendak uji kita dengan kekayaan. Jika sakit, untuk uji kesakitan. Jika diberi pangkat kerana Allah hendak menguji dengan pangkat yang ada. Musuh kita yang ketiga ialah syaitan yang membawa kesesatan. Kita kena menjadi hamba Allah sepanjang masa. Betapa hina kesakitan yang dialami oleh orang yang rasa tidak dipedulikan, hasil kerja tidak diiktiraf dsb. Tapi yang paling hina ialah apabila Allah tak peduli pada kita. Kalau kita tak peduli, bukan lah kita kisah. Sebagai isyarat pedulinya Allah pada kita, Allah akan sentiasa mengubah kita. Allah Maha Sempurna kerana segala posisi kita Allah nampak. Lagi seronok kita jadi hamba kerana diri kita yang tidak sempurna. Kita tak layak untuk dilihat manusia, tapi kita kena enjoy kerana Allah melihat kita. Kita merasa takut bila kita rasa selesa kerana takut Allah tak peduli pada kita. Ketika rasa panas, kita akan terbayang bagaimana panasnya api neraka. Ketika lapar, terasa bagaimana makanan di neraka yang terdiri dari nana dsb. Itulah gambaran bahawa syaitan akan menghalang kita dari jadi hamba Allah. Wajib memerangi syaitan. Caranya ialah dengan baca Al Quran dan memahami makna.  Manakala musuh yang terakhir ialah orang kafir yang menyekat. Macamana Yahudi menjadi sesat walaupun tahu kebenaran. Kini mereka membunuh dengan teknologi. Rancangan yahudi untuk melemahkan pemikiran itu sendiri. Jangan iktiraf orang Yahudi lebih hebat dari saudara seIslam kamu sendiri. Kalau tak rujuk Al Quran, macam mana nak mendapat kefahaman dan persediaan. Ilmu yang penting utk jaga imam, maruah dan tanggungjawab kita. Cara mengalahkan syaitan ialah dengan ilmu pengetahuan. Dalam surah Al A'raf ayat 14-18. Allah telah membekalkan Nabi Adam dengan ilmu pengetahuan sehingga dapat mengalahkan ilmu Malaikat. Malas adalah salah satu dari produk syaitan. Imam yang tak ada makanan adalah tak beradab. Sebagai contoh jika membawa anak ke majlis dan mahu anak kita beradab, kita kena bagi anak makan dulu di rumah. Bila mereka kenyang, barulah mereka akan beradab dan berkelakuan baik. Iman kita kena diberi makan yang bersesuaian. Makanan iman adalah lafaz Astagfrillah, Alhamdulillah dsb dari kita membuka mata sehingga kita tidur. Untuk jadi hamba yang mengikut perancangan penciptaan, Al Quran lah modulnya. Kita menjadi celaru kerana salah menggunakan panduan. Sebagai contoh, membaca Al Quran hanya pada bulan Ramadhan. Sepatutnya kita membaca Al Quran setiap hari. Pahalanya sangat besar, pahala untuk setiap huruf. Jangan jauhi Al Quran. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk meraikan muka bumi. Bukan untuk beribadat semata mata. Sebaik baiknya baca waktu pagi ialah surah Yasin. Paling sikit baca ayat yang ke 12 dan baca makna. Untuk ingatkan amalan kita akan dicatat oleh Allah. Jantung surah Yasin ialah ayat ke12. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jom layan resepi sedap dari blogger terkenal ini. Memang sedap dimakan dengan nasi putih panas panas ataupun dicicah dengan roti. Kalau makan ramai ramai lagi lah sedap. Hmmm apa nak buat, saat begini pasti akan dihadapi oleh setiap ibubapa apabila anak anak membesar dan memulakan kehidupan masing masing. Jom layan...  Sup Tulang Sedap Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 labu bawang besar - di hiris 1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar Air rebusan tulang secukupnya 1 batang lobak merah ~ dadu 2 biji kentang ~ dadu 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa 1 biji tomato - potong dadu 1 batang celery - hiris Daun sup dan daun bawang ~ hiris 3-4 biji cili padi - hiris Bawang goreng - tabur Bahan Kisar: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 batang lobak merah 1 batang celery 1 batang leek Cara cara: Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris. Sambal Kicap Bahan bahan: 15 biji cili padi 3 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil cuka makan Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.  Posted by Azie at 18:30 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest  Labels: Daging, Lauk Pauk, Sup 16 comments:  Baayah Adnan31 Mar 2015, 20:05:00 Wow nampak sup sangat sedap.. Reply  zaidatul azza31 Mar 2015, 21:14:00 Teringin pulak nak makan sup Reply  nikalani881 Apr 2015, 00:25:00 Bestnye.. mmg dh lama rasanya x mkn sup tulang..hehe Reply  Rohah1 Apr 2015, 08:05:00 Nmpk sedaap Sgt kak... Reply  HeNRieTTa JoSe1 Apr 2015, 11:56:00 sedapnye tgk sup tu...bleh lah rietta buat menu hujung mggu nnti...dalm lamer plak xmsak sup... Reply  Anne Yusnizah1 Apr 2015, 12:34:00 Salam Kak Azie, dah try resepi ni dari blog azlita masma manis memang sedap sesangat.... Reply  Ruzita Idias Ismail16 Apr 2015, 07:18:00 mohon share ya kak azie, informasi yang sangat baik. s Reply  eyeyou8 May 2015, 15:52:00 tengok pon da taw sedappp..nyummmsss Reply  Diny21 Jun 2015, 19:13:00 Mmg sgt sedap azie tq Reply  BUSROA KASSIM25 Jun 2015, 15:43:00 Boleh cuba hr ni utk menu berbuka.tq Reply  yanty manis6 Jul 2015, 15:18:00 kak azie, kalau tak letak leek boleh tak? Reply  zaleha awaluddin25 Sep 2015, 15:53:00 em... sedapnya.. tgh tggu nak supkan rebusan tulang daging korban ni.. Reply  hana humaira26 Sep 2015, 17:24:00 Resepi menjilat jari ni, Thanks, Plz welcome to my blog www.hanasihat.blogspot.com Reply  Dilla Tan4 Oct 2015, 15:35:00 thank you aunty.. bru siap masak ni.. i must say your blog has been my cooking bible for 1-2 years already! semua sedap2 especially nasi dagang hehe.. -dilla Reply  suriya jamaludin2 Dec 2015, 07:52:00 Tq kak azie.....nak masak kan mak mertua ni Reply  Johana Mohamed Ali8 Dec 2015, 13:53:00 Terima kasih sup yg sgt sedap .... Reply  Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai. Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain. Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan. Links to this post Create a Link Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) Search This Blog   Join Us Today  Iklan Nuffnang Iklan  Hubungi kami:  Email ke azieshoppe@hotmail.com Total Page View Recent Posts Powered By Blogger Widgets Popular Posts  Nasi Ayam Paling Sedap  Ayam Masak Merah Yang Paling Best  Kari Ayam Sedap  Udang Goreng Butter Yang Paling Sedap  Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap  Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang  Mee Hoon Goreng Yang Sangatlah Sedap Nyer  Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap  Ayam Goreng Berempah Sedap  Puding Roti Nur Qaseh Yang Sedap Blog Archive ► 2016 (11) ▼ 2015 (154) ► December (7) ► November (5) ► October (8) ► September (17) ► August (14) ► July (23) ► June (19) ► May (16) ► April (8) ▼ March (10) Sup Tulang Yang Sangat Sedap Roti Kentang Sedap Cream Puff with Fresh Cream Choux Pastry Selamat Hari Jadi Yang ke18 Buat Juita Ku Sayang Masak Lemak Cili Padi Ketam Kuih Talam Suji Moist Butter Cake Kegemaran Azie Kari Ayam Stail Kelantan Moist Chocolate Cake Ever Biskut Cornflakes Madu Kegemaran Anak Anak ► February (13) ► January (14) ► 2014 (247) ► 2013 (328) ► 2012 (537) ► 2011 (191) Facebook  Fan On The Page 115 online Visitors By Countries  View By Labels 7 Wonders (3) Agar agar (24) Allergik (6) Alumni (19) Anak Anak (5) Apam (9) Asyura (3) Ayam (109) Betik (1) Bingka (22) Biskut (11) Brownies (3) Bubur (6) Burger (2) Buttercream (2) Cake (9) Cake In Jar (5) Cake Pop (2) Candy Buffet (2) Cendol (3) Cheesecake (4) Chocolate (7) Cinnamon Rolls (4) Cookies (5) Cream cheese (1) Cucur/Cekodok (6) Daging (57) Dessert (9) Doh (1) Doktor (1) Donut (6) Durian (22) Engagement (8) Famili (104) Fesyen (1) Frosting (3) Gadget (8) General (1) Hantaran (2) Hati (2) Hobi (20) Holiday (78) Ice Cream (3) Ikan (130) Ikan Bilis (13) Iklan (2) Ilmu (85) Insurans (1) JJCM (52) Karamel (3) Karipap (7) Kek (90) Kek Buah (5) Kek Butter (20) Kek Coklat (14) Kek Karot (8) Kek RVC (22) Keledek (2) Kerang (4) Ketam (8) Korea (11) Kuah Kacang (7) Kue Teow (3) Kuih bakar (1) Kuih Muih (173) Kuih Talam (32) Labu (2) Lahad Datu (3) Laksa (10) Lala (5) Laman (9) Lamb (7) Lauk Pauk (390) Lemon (3) Macaroni (1) Macaroon (1) Magazine (17) Majlis Makan (1) Masakan Kelantan (112) Masakan Minang (10) Masakan Thai (6) Mee/Mee Hoon (34) Minum Petang (37) Minuman (8) Muffin Cupcake (41) Nasi (81) Nasi Arab (7) Nasi Ayam (18) Nasi Beriani (3) Nasi Dagang (3) Nasi Goreng (28) Nasi Lemak (10) Nasi Minyak (1) Nuffnang (3) Nur Qaseh (47) Operasi Daulat (1) Pasta (27) Pau (2) Pencuci Mulut (27) Pengat (2) Petua (12) Pie (7) Pisang (16) Pizza (6) Puding (54) Pulut (17) Quiche (5) Ramadhan (27) Raya 2011 (6) Raya 2012 (13) Raya 2013 (8) Raya 2014 (23) Raya 2015 (12) Resepi Nasi Ayam (11) Roti (21) Sahur (6) Salad (1) Sambal (1) sardin (11) Satay (7) Sayur (59) Seafood (57) Shoppe (3) Snack (2) Sotong (30) Spaghetti (1) Sulu (1) Sup (15) Tart (9) Tart Nenas (4) Telur (19) Tempahan (27) Tips (1) Tips Keselamatan (2) Ubi (3) Udang (40) Umrah 2013 (5) Umrah 2014 (2) Umum (71) Western Food (10) Followers  My Blog List  ..Cooking with soul.....  NASI DAGANG 52 minutes ago  My Kuali  Peria gorerng udang 1 hour ago  AMIE'S LITTLE KITCHEN  Follower Semakin Berkurang? Ini Penyebabnya.... 2 hours ago  Moon punyer blog  Soft matte lip cream by FAME 21 hours ago  My Carolina Kitchen  Greetings from Fort Myers, Florida, the City of Palms 21 hours ago Show All Live Traffic Feed Translate There was an error in this gadget  Watermark template. Powered by Blogger.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan